Friday, December 30, 2011

Mesyuarat...Oh Mesyuarat....

Musim mesyuarat tanpa henti bermula lagi. Dan secara automatiknya bahang sesi persekolahan 2012 semakin terasa. Semua mesyuarat sudah selesai. Diharapkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penyediaan minit mesyuarat sudah mula bergerak sekarang. (yg tukang tulis ni pun belum gerak lagi pun).
Diharapkan semua rakan-rakan sudahpun membuat pilihan yang tepat dalam memilih skim saraan dan juga opsyen berpencen. Tidak kira apa pun yang kita semua pilih, tugas tetap akan dilaksanakan selagi terdaya. Tahniah di atas kenaikan gaji. Tidak kiralah berapa RM yang naik...insyaAllah rezeki itu ketentuan Allah. Pasti ada masa yang tepat untuk Allah kurniakan yang lebih untuk kita. Bersyukurlah...
Semoga kita semua akan lebih bersemangat untuk menggalas tanggungjawab dan juga rintangan serta dugaan di tahun hadapan.