Logo Sekolah


Rasional
    Kombinasi hitam, kuning dan merah adalah lambang Negeri Sembilan.  Terdapat lambang rangkaian empat bulatan dan buku menunjukkan bahawa sekolah ini mengutamakan kurikulum dan kokurikulum sebagai asas kegiatan sekolah untuk perkembangan rohani, mental dan jasmani.  Padi melambangkan keperibadian pelajar yang tahu memanipulasikan ilmu mengikut resmi padi; semakin berisi ,  semakin tunduk.  Warna hitam dan putih berbentuk tangga adalah lambang pelajar-pelajar dan guru-guru yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.