Bendera Sekolah


Bendera SK Taman Rasah Jaya ini direka dengan warna iaitu warna putih yang melambangkan kesucian hati warganya yang sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu perkara tidak kira dalam soal akademik ataupun koakademik. Putih juga melambangkan kebersihan di mana warganya sering menitikberatkan hal-hal kebersihan baik di dalam mahupun di luar bilik darjah.  Logo sekolah pula terletak di tengah-tengah bendera ini melambangkan bahawa warganya sentiasa menyanjung tinggi peranan logo sekolah dan merealisasikan maksud yang terkandung di dalam logo sekolah.